KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN YANG BERIMAN
YANG HATINYA DI SALUT RASA TAQWA KEPADA ALLAH S.W.T
YANG JIWANYA PENUH PENGHAYATAN TERHADAP ISLAM
YANG SENTIASA DAHAGAKAN PAHALA
YANG SOLAT ADALAH MARUAH DIRINYA
YANG TIDAK PERNAH TAKUT BERKATA BENAR
YANG TIDAK PERNAH GENTAR MELAWAN HAWA NAFSU
YANG SENTIASA BERSAMA GOLONGAN YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH S.W.T
KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN MENJAGA TUTUR KATANYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN ILMU YANG DI MILIKINYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG DI CARINYA
YANG MEMPUNYAI RAMAI SAHABAT DAN TIDAK SUKA BERMUSUH
KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN YANG MENGHORMATI IBUNYA
YANG SENTIASA BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA DAN KELUARGANYA
YANG BAKAL MENJAGA KERUKUNAN RUMAH TANGGANYA
YANG AKAN MENDIDIK ANAK-ANAKNYA DENGAN ILMU DUNIAWI DAN UKHRAWI
YANG SENTIASA MENGAMALKAN HIDUP PENUH KESEDERHANAAN
KERANA BAGINYA DUNIA ADALAH MAHLIGAI PERSINGGAHAN SEMENTARA MENUJU AKHIRAT
KEKASIH IDAMANKU SENTIASA BERSEDIA MENJADI PEJUANG ISLAM
YANG HIDUP DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN DAN MENCONTOHI AKHLAK RABIATUL ADAWIYAH
YANG BOLEH DI AJAK BERBINCANG
YANG MENJAGA MATANYA DARI BERBELANJA
YANG SUJUDNYA PENUH KESYUKURAN DENGAN RAHMAT ALLAH S.W.T
KEKASIH IDAMANKU TAK PERNAH MEMBAZIRKAN MASA
MATANYA KEPENATAN KERANA PENAT MEMBACA ILMU YANG BAIK
SUARANYA LESU KERANA SENTIASA MENGAJI DAN BERZIKIR
TIDURNYA LENA DI ULIT OLEH SINAR KEIMANAN
BANGUN SUBUH DENGAN PENUH KECERGASAN
KERNA SEHARI LAGI DI USIANYA BERTAMBAH PENUH KEMATANGAN
KEKASIH IDAMANKU SENTIASA MENGINGATI MATI
YANG BAGINYA DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT
YANG MANA BUAH KEHIDUPAN PERLU DI JAGA DAN DI BAJA
AGAR KELAK BERPUTIK TUNAS YANG BAKAL MENJADI BAKA YANG BAIK
YANG AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM
KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG SUAMI
YANG TIDAK TERPESONA DENGAN BUATAN DUNIA
KERANA DIA MENGIMPIKAN SYURGA NAN ABADI
DI SITULAH MAHLIGAI KASIH IDAMANNYA
DAN DIA AKAN MEMBAWA DIRIKU BERSAMANYA
SEBAGAI SEORANG 'ISTERI' YANG HALAL
BAGINYA DIRIKU ADALAH 'BIDADARI' YANG SETIA
MENEMANIYA SEPANJANG MASA HINGGA DI SYURGA SANA NAN ABADI
DIALAH KEKASIH IDAMANKU
MOGA AKU AKAN SENTIASA BAHAGIA DISISINYA
BERSAMA ANAK-ANAK TERCINTA
DI BAWAH PAYUNG RAHMAT ALLAH S..W.T
AMIN.
Cool Stuff at BlingJam.com